Ubah Patah Hati Jadi Prestasi

100% of 100
RM 47.50 RM50.00 -5%
Kod Produk: #978-967-369-549-2
Status: In Stock
Berat: 0.600kg
Stok: 28 unit
+ BELI SEKARANG
Sinopsis & Review
Tajuk: Ubah Patah Hati jadi Prestasi (Box Set)
ISBN: 9789673695492
Penerbit: PTS Publishing House
Penulis: Addien Abdul Kadir, Dwi Suwiknyo
Terjemahan: Natasha Effyzal
Tahun Terbitan: 2021
Muka Surat: 302
Halaman: Berwarna
Format: Softcover
Berat (kg): 0.6
Dimensi (cm): 19.1 x 13.5 x 2.3
 
 
PAKEJ ISTIMEWA INI TERMASUK:


1. Buku Ubah Patah Hati, Jadi Prestasi, Berwarna Penuh.

 


 
2. Kotak jenis slip case yang kemas dan mengekalkan kualiti buku.




3. Bookmark




 
4. Poster (Saiz A4) (2 set)




 
5. Surat Khas daripada Ustaz Addien Abdul Kadir (limited edition)

 

 


MENGAPA ANDA PERLUKAN BUKU INI?
 


 
 
 

Urusan hati adalah antara urusan yang paling susah untuk difahami. Kerana pada seketul hati ada sebuah kitaran kejam yang manusia sering terikat tanpa sudah. Hati yang kecewa cenderung membawa kepada prestasi yang negatif. Manakala prestasi yang negatif akan menambah kedukaan hati.


Namun sebaliknya, jika kita berjaya mengubah sebuah kekecewaan menjadi hati positif, pasti ia berpotensi menghasilkan prestasi yang positif pula. Dan prestasi yang positif akan membantu membina jiwa yang lebih berkualiti dan tabah.


Walau apapun kekecewaan yang kita hadapi, masa depan masih boleh dirancang. Malah, pada hari ini pun masih banyak perkara positif yang boleh kita nikmati dan perjuangkan sehabis baik.


Ayuh ‘move on’! Kita bebaskan diri daripada kitaran kejam ini. Masih ramai yang perlukan kita. Selak dan baca buku ini sehelai demi sehelai. Fikirkan setiap pesanan dan ulasan yang dipersembahkan, dan muhasabah diri di halaman khas pada setiap akhir bab. Semoga senyuman kembali menceriakan wajah kita, seperti cerahnya sinaran matahari yang indah.


 


Ubah patah hati jadi prestasi!


 


Seteruk mana pun kita jatuh dalam hidup, ayuh move on.


Dunia masih belum berakhir.


Adakah ANDA termasuk dalam kalangan ini:

- Individu yang pernah / sedang kecewa dengan cinta
- Individu yang sedang diuji dengan cabaran hidup
- Individu yang kehilangan mata pencarian
- Individu yang patah hati dengan kehilangan orang tersayang
- Individu yang sakit hati kerana dipandang remeh oleh orang lain

Jika jawapan anda adalah YA, maka buku ini adalah untuk anda.


Jika jawapan anda adalah TIDAK, cuba lihat sekeliling, boleh jadi ada dalam kalangan orang penting di sekeliling hidup anda memerlukan buku ini.


Kerana, soal patah hati dan kecewa ini adalah lumrah manusiawi.


Ditambah dalam zaman sekarang, zaman pandemik covid 19. Ramai yang patah hati.


Buku ini akan membantu kita untuk:


- Bukan hanya keluar dari rasa patah hati dan kecewa
- Bukan hanya membina rasa yakin diri dan minda positif
- Tetapi menukarkan rasa negatif dari patah hati kepada prestasi


 


 


Isi Kandungan


 


Bab 1: Hati-Hati dengan Hati


Lucunya Bercinta


Had Kesucian Hati


Semangat Kerana Cinta


Memahami Erti Cinta


kenali Jenis-Jenis Syahwat


 


Bab 2: Cinta Melukakan


Cinta Bertepuk Sebelah Tangan


Cinta Mesti Bukti


Hak Suami Terhadap Isteri


Hak Isteri Terhadap Suami


Cinta Itu Buta dan Membutakan


Kisah Cinta Luar Biasa


 


Bab 3: Sakit Hati Jadi Rezeki


Hidup Ini Berputar


Keluar dari Lubang Kesukaran


Mengapa Kita Semakin Terpuruk?


Menilai Kualiti Mental Kita


Cara Menyihatkan Mental


 


Bab 4: Tak Semua Kawan Adalah Kawan Sebenar, Tak Semua Lawan Kekal Lawan


Kawan Salah Pilih Kawan


Bagaimana dengan Pemberi Fatwa Kehidupan


Kita Sendiri Bukan Kawan Yang Baik


Diejek Oleh Kawan


Followers Ramai, Kawan Sedikit


 


Bab 5: Keluarga Sumber Kekuatan


Masalah Keluarga


Kenapa Keluargaku Susah?


Keluarga Tak Bahagia


Nabi-Nabi Puan Ada Masalah Keluarga


 


Bab 6: Yang Patah Tumbuh, Yang Hilang Berganti


Kehilangan


Kematian Insan Tersayang


Hilang Arah Hidup


Hilang Barang


Kehilangan Paling Tidak Dirasai


 


Bab 7: Kembangkan Potensi Diri


Potensi Kecerdasan Kita


Semak Kecerdasan Kita!


Mencari Keghairahan Hidup


Minat Sahaja Tidak Mencukupi


Uji Semangat Juang!


  


Bab 8: Cita-Cita Setinggi Angkasa 133


Cita-Cita dan Impian


Cita-Cita Bukan Segalanya


Semua Orang Ada Masa Depan 


Pendosa Berubah Mulia


 


Bab 9: Jalani Hidup Bekualiti


Jangan Sia-Siakan Waktu


Miliki Impian Yang Bijak (SMART)


Bukan Sekadar Kaya


Jangan Ulangi Kesalahan


Nikmtati, Harungi, Syukuri


 


Bab 10: Raih Prestasi Yang Diberkati


Orang-Orang Yang memberikan Penyelesaian


Pelopor Yang Berjaya


Jangan Berjuang Sendirian


Empat Jenis Kejayaan


 


Bab 11: Semakin Dekat Dengan-Nya


Bersyukur Ketika Uji


Berjuang Menjemput Hidayah


Balasan Kebaikan


Lillahi Ta’ala


Solat Perisai Diri


 


Bab 12: Menghargai Nilai Waktu


Berapa Usia Kita?


Melaburkan Masa


Bijak Mengatur Masa


Waktu Untuk Bersahabat


Petakan Amalan Kita


 


Bab 13: Rahsia Yang Mencepatkan Kejayaan


Selalu Membersihkan Diri


Solat Di Awal Waktu


Semoga Doaku Termakbul


Bahagia bersama kedua Ibu Bapa


Sampaikan Walau Satu Ayat


 


Epilog


Prestasi di Akhir Hayat


 





Ustaz Addien Abdul Kadir

Seorang pendakwah, motivator, penulis yang terkenal di Malaysia. Merupakan graduan di sebuah kolej Islam Antarabangsa dengan mengikuti diploma Kontemporari Islam.


Pernah berkhidmat di Telaga Biru sebagai seorang editor syariah. Personaliti yang ada pada Ustaz Addien menjadikan dirinya salah seorang pendakwah yang disukai di media sosial.


Kini, bergiat aktif di Twitter dan beberapa program ilmiah yang lain.


 


Ustazah Dwi Suwiknyo

Seorang pendakwah, motivator dan penulis terkenal di Indonesia.


Beliau lulus program Pasca Sarjana Majister Studi Islam dalam bidang Ekonomi di Universitas Islam Indonesia pada tahun 2008.


Beliau juga merupakan seorang pensyarah di beberapa kampus di Indonesia.


Kini, giat menjalankan bengkel dan kelas penulisan, sehingga berjaya membangunkan sebuah kelas khas yang diberi nama, Pesantren Penulis (Trenlis).


“Menulis adalah cara tersantun bagi menasihati diri sendiri. Menulislah, walaupun hanya sebuah buku dalam seumur hidup-Mu.”




Komen