Soalan Lazim (Ulatulatbuku.com)
- Perlu daftar dahulu untuk membuat pembelian ?
Tidak perlu. Pilih produk yang ingin dibeli, masukkan maklumat penghantaran dan terus buat pembayaran.
- Bagaimana untuk Beli / Order produk ?
Untuk membeli dari lamanweb ini, sila rujuk page "Cara Beli"
- Bagaimana Penghantaran dilakukan ?
Ulatulatbuku.com menggunakan perkhidmatan kurier seperti Pos Laju, GDeX, Asia Xpress, Xyllem, MatDespatch.com, City-Link & ABX Express untuk membuat penghantaran pesanan buku ke seluruh negara.
Bayaran yang disahkan sebelum 9 pagi (hari bekerja), akan terus diproses & dihantar pada hari yang sama juga.
- Berapa kos penghantaran ke Semenanjung & Sabah / Sarawak ?
Sekiranya anda telah memilih lokasi penghantaran, harga penghantaran automatik akan terus muncul bersama dengan nilai yang perlu dibayar.
- Masalah Order seperti kuantiti tak cukup atau lain-lain?
Emailkan kepada kami orders@ulatulatbuku.com dengan tajuk MASALAH ORDER XXXXX,XXXXX adalah nombor order anda.
Nyatakan masalah yang dihadapi
- Lampirkan gambar order yang diterima ( kerosakan / masalah lain)
- Kami akan hubungi anda untuk tindakan selanjutnya.
- Bagaimana kalau buku yang sampai rosak?
Polisi kami adalah menggantikan satu kepada satu (one to one) bagi buku yang rosak.
- Buku yang salah cetakan, hilang muka surat dan sebagainya akan diganti dengan buku yang baru.
- Buku yang rosak fizikalnya dalam proses penghantaran juga akan diganti dengan buku yang baru.
- Kos penghantaran buku yang baru ditanggung oleh ULATULATBUKU.COM.
- Ada pengembalian wang?
- Kami akan kembalikan wang untuk kes berikut:
i. Buku yang telah dibayar, tetapi habis stok.
ii. Penghantaran semula buku atau order kepada kami.
iii. Pelanggan membuat bayaran dua kali untuk satu order yang sama.
- Order atau buku yang kami tersalah hantar, anda boleh pilih untuk membelinya.
- Sekiranya anda tidak berminat membeli buku yang tersalah hantar itu, anda boleh poskan kembali kepada kami.
- Kos penghantaran semula kepada kami akan dibayar semula.
- Pastikan anda mendapat resit atau tax invoice daripada pihak courier.
- Emelkan kepada kami resit atau tax invoice untuk mendapatkan pengembalian wang.
- Proses pengembalian wang (refund) ini mengambil masa lebih kurang sebulan.
- Boleh COD produk?
Maaf, buat masa ini semua urusan dijalankan secara online sahaja.