Ustaz, Tolong Saya!
Berat: 0.420kg
Format: Paperback
Saiz: 6" x 9"
ISBN-13: 978-967-411-229-5
Tarikh Terbit: 10 Mar 2014
Jumlah Muka Surat : 336
Kategori: Motivasi & Inspirasi
Penerbit: PTS Millennia Sdn Bhd
Buku Ustaz, Tolong Saya! mengupas berkenaan soal jawab sensasi masyarakat pada masa kini. Antaranya adalah:
Tunang saya mempunyai sifat cemburu dan panas baran. Pantang ada masalah sedikit, terus mahu cari gaduh. Baguskah lelaki begini? ~Gee~
Tunang saya minta putus. Sudahlah dia minta putus, dia kahwin pula dengan abang saya. Abang saya pula kuat cemburu. Sekarang, mahu balik kampung pun susah. Ustaz, apa yang perlu saya lakukan? ~Hamba Allah~
Saya berkasih dan terlanjur. Saya mahu kahwin dengan kekasih saya itu. Tetapi kami berpisah. Selepas berpisah, dia bertunang dengan orang lain. Saya memang tidak puas hati. Jadi, saya bocorkan aib kami. Sekarang, saya sendiri pening.
Tolong saya, ustaz. ~Yang serabut~
Susah hidup saya, ustaz. Bercinta, tetapi asyik dihalang. Ibu saya cerewet dan ada sahaja yang tidak kena. Kerana asyik mengikut lehendak ibu, saya digelar andartu. Apa yang patut saya lakukan? ~Anonymous~
Jangan bimbang. Semua isu boleh diselesaikan, insya Allah. Bumi mana tidak ditimpa, laut mana tidak bergelora. Ada soalan lagi? Boleh email ustaz. Di mana mahu dapat email ustaz? Email ustaz... ada dalam buku ini. ~Ustaz Love~
Antara isi kandungan yang ada dalam buku ini:
Menghalang Zina Selepas Zina
Cinta empat segi
Hilang Arah kerana hilang dara
Tupai menagih kelapa lama
Dilema berkasih dengan suami orang
Terkenang kekasih lama
Terlanjur? Apa mahu buat?
Isu bertunang tidak sengaja
Cinta bertepuk sebelah tangan
Dilema mengahwini ustazah terlanjur
Menggunakan ayat Al-Quran sebagai ilmu pengasih
Bekas kekasih ugut buka aib
Mahu nikah gantung
Terlanjur, tetapi pasangan mahu bernikah
Mencintai sahabat sendiri
Calon isteri solehah, tetapi keluarganya nakal
Tunang dirampas ahli keluarga
Perkenalan melalui laman mencari jodoh
Membuka aib kekasih kerana tekanan
Pinggan tidak retak, nasi tidak dingin
Tiada perasaan cinta terhadap tunang