Ustaz, Berapakah Umur Ahli Syurga?

100% of 100
RM 19.00 RM20.00 -5%
Kod Produk: #OS
Status: In Stock
Berat: 0.430kg | 314 Mukasurat
Stok: 12 unit
+ BELI SEKARANG
Sinopsis & Review

Format: Paperback
Saiz: 6" x 9"
ISBN-13: 978-967-411-251-6 
Tarikh Terbit: 24 Jun 2014
Jumlah Muka Surat : 328


Kategori: Akidah, Bukan Fiksyen Umum,Bantu Diri Umum, Motivasi & Inspirasi,Pembangunan Diri


Siri:


Penerbit: PTS Millennia Sdn Bhd


 


Buku ini adalah himpunan jawapan penulis kepada soalan-soalan yang diajukan menerusi laman sesawang Jabatan Mufti Perlis, talian hukum Jabatan Mufti Perlis, email peribadi, dan Facebook. Oleh itu, dapat dikatakan bahawa buku ini memuatkan himpunan soal jawab bersifat semasa dan yang sering menjadi kekeliruan dalam masyarakat. Dalam usaha memberi jawapan dan penjelasan itu pula, penulis sentiasa berusaha menjawab setiap soalan yang dilontarkan berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah yang shahih. Juga dengan panduan daripada hasil-hasil penulisan para ulama Ahlu As-Sunnah wa Al-Jamaah. Jikalau diperhatikan, kaedah bertanya dan menjawab soalan memiliki kesan yang begitu besar dalam menuntut ilmu. Ilmu itu seperti sebuah menara tinggi yang terserlah, dan ada waktunya kegelapan malam datang melitupi menara itu. Justeru, bersoal jawab itu mengambil peranan lampu yang menyuluh, menerangi menara ilmu yang tinggi, dan menyingkap kesamaran disebabkan sifat tidak tahu. Kerana itu kaedah bersoal jawab ini digunakan dalam Al-Quran dan As-Sunnah. 


Semoga buku ini memberi banyak manfaat kepada umat Islam dalam usaha memahami persoalan-persoalan agama.


 


Antara perbincangan menarik dalam buku ini adalah:



Apakah perbezaan antara Mukmin dan Muslim
Bolehkah kita berkahwin di syurga nanti dengan wanita yang kita cintai di dunia?
Hukum memberi zakat kepada adik-beradik
Wajibkah mentaati arahan ibu supaya mentalakkan isteri?
Bolehkah seorang wanita meletakkan syarat tidak boleh berpoligami kepada bakal suami?
Hukum membaca dalam hati ketika solat
Adakah bahagian dagu wanita termasuk aurat?
Apakah hukum ijazah yang diperoleh hasil daripada meniru dalam peperiksaan?
Doa melindungi diri daripada kejahatan musuh
Bagaimanakah cara melindungi rumah daripada gangguan jin dan syaitan?
Apakah hukum mengatakan "Aku Kafir"
Hukum memberi salam dengan lafaz 'salam' ataupun 'as-salam' sahaja
Apakah isteri wajib mentaati suami supaya berhenti kerja
Apakah hukum berdemonstrasi atau tunjuk perasaan
Apakah wajib seorang suami memberi bayaran bulanan kepada isteri
Apakah hukum mengumpat orang bukan Islam
Apakah hukum jamak solat jumaat dengan solat asar

==============================================


ISI KANDUNGAN


 


PENDAHULUAN


BAHAGIAN 1: AKIDAH


HUKUM MENGATAKAN, "AKU KAFIR!"


HUKUM MEMBELI KERETA YANG MEMPUNYAI LAMBANG SALIB SEPERTI CHEVROLET


TALI HITAM RAWAT MUNTAH


SYIAH DAN HADITH GHADIR KHUM


APAKAH PERBEZAAN ANTARA MUSLIM DAN MUKMIN


BILAKAH SEORANG MUSLIM DIKIRA SEBAGAI SEORANG MUKMIN


JIKALAU KITA MENDOAKAN SESEORANG YANG SUDAH MENINGGAL DUNIA, APAKAH DIA TAHU


BACAAN AL-QURAN DAN SEDEKAHKAN PAHALA KEPADA MAYAT


KEDUDUKAN KANAK-KANAK YANG MATI SEBELUM BALIGH


BERAPAKAH UMUR AHLI SYURGA


BOLEHKAH DI SYURGA NANTI KITA BERKAHWIN DENGAN WANITA YANG KITA CINTAI DI DUNIA


KELEBIHAN WANITA YANG KEGUGURAN


BAGAIMANA CARA MELINDUNGI RUMAH DARIPADA GANGGUAN JIN DAN SYAITAN


PEMBAHAGIAN TAUHID KEPADA TIGA BAHAGIAN


 


BAHAGIAN 2: KEKELUARGAAN 


SAYA TIDAK DAPAT MENERIMA ISTERI SELEPAS TERBUKTI DIA BERBOHONG


NAFKAH IBUBAPA TANGGUNGJAWAB ANAK LELAKI ATAU ANAK PEREMPUAN


APAKAH KEWAJIBAN SEORANG SUAMI MENANGGUNG BELANJA PERUBATAN UNTUK ISTERI


HUKUM MEMBERI ZAKAT KEPADA ADIK-BERADIK


HUKUM SEORANG SUAMI MENGHALANG ISTERI BERHUBUNG DENGAN ADIK-BERADIKNYA


ISTERI YANG MELAKUKAN ZINA, APAKAH TERTALAK DENGAN SUAMINYA


APAKAH NASIB SEORANG AYAH MASIH WAJIB MEMBERI NAFKAH KEPADA ANAK PEREMPUANNYA YANG BUJANG


APAKAH SEORANG ISTERI MENTAATI ARAHAN SUAMI SUPAYA BERHENTI KERJA


SUAMI LEBIH BERHAK TERHADAP ISTERI BERBANDING DENGAN IBUNYA


HAK MENJAGA ANAK


HUKUM BERSANDING


BOLEHKAH SEORANG WANITA MELETAKKAN SYARAT TIDAK BOLEH BERPOLIGAMI KEPADA BAKAL SUAMI


HUKUM MENGAKU BUJANG, SEDANGKAN SUDAH BERISTERI


HUKUM DUA ORANG ISTERI (MADU) TINGGAL SERUMAH DENGAN SUAMI


DOA ORANG MANDUL MAHU MENDAPATKAN ANAK


APAKAH WAJIB SEORANG SUAMI MEMBERI BAYARAN BULANAN KEPADA ISTERI


APAKAH SEORANG ISTERI WAJIB MENTAATI SUAMI YANG MENGUTAMAKAN ZIARAH AHLI KELUARGANYA BERBANDING DENGAN KELUARGA ISTERI


SUAMI ISTERI : SETARA DAN SAMA RATA


APAKAH WAJIB MEMBERI NAFKAH KEPADA ADIK PEREMPUAN ATAU KAKAK


SUAMI MELARANG SAYA BANTU IBUBAPA YANG SUSAH DENGAN ALASAN TANGGUNGJAWAB ITU DIATAS BAHU ADIK-BERADIK LELAKI


APAKAH SEORANG ISTERI BOLEH MENGELUARKAN SEDEKAH DARIPADA HARTANYA TANPA KEIZINKAN SUAMI


MEMIKIR BERKENAAN TALAK


APAKAH YANG DILARANG BAGI WANITA HAID


 


BAHAGIAN 3: IBADAH


HUKUM MEMBACA DALAM HATI KETIKA SOLAT


APAKAH BAHAGIAN BAWAH DAGU WANITA TERMASUK AURAT


BAGAIMANA MAHU MEMEBAYAR HUTANG KEPADA ORANG YANG TIDAK DAPAT DIHUBUNGI


HUKUM MELEBIHKAN BAYARAN HUTANG


APAKAH BENAR KISAH UMAR PERNAH DIMARAHI ISTERINYA


HUKUM TULIS 'INSYA ALLAH'


MENGGERAKKAN JARI TELUNJUK KETIKA TASYAHUD


HUKUM MENGGUNAKAN BARANGAN AWAM UNTUK KEPENTINGAN PERIBADI


...


HUKUM CUCIAN KERING / DRY CLEAN


TIDAK MAMPU MENUNAIKAN NAZAR


MASBUQ SOLAT JUMAAT


HUKUM AKIKAH BAYI YANG MENINGGAL SELEPAS DILAHIRKAN


LEWAT QADA' PUASA


DOA MELINDUNGI DIRI DARI KEJAHATAN MUSUH


WAKTU AKHIR SOLAT ISYAK


 


BAHAGIAN 4: HADITH


HADITH BUMI TERLIPAT PADA WAKTU MALAM


HADITH PALSU PERIHAL ROKOK


HADITH RAHSIAKAN PERTUNANGAN DAN UAR-UARKAN PERKAHWINAN


DARJAT HADITH MELIHAT KAABAH ADALAH IBADAH 


DARJAT HADITH BERPEGANG PADA SUNNAH MENDAPAT PAHALA SYAHID


ADAKAH KITA PERLU BERDOA KEPADA ALLAH S.W.T SEDANGKAN DIA SUDAH SEDIA MENGETAHUI KEPERLUAN DAN HAJAT SETIAP HAMBANYA


DARJAT HADITH AS-SAFINAH


HADITH 10 SAHABAT DIJAMIN SYURGA


HADITH LARANGAN BERCAKAP KETIKA AZAN


SIAPAKAH AHLUL BAIT NABI S.A.W


QADIANI DAN HADITH GERHANA BULAN SERENTAK


KEDUDUKAN HADITH MUSALSAL BI AL-MUSAFAHAH


TAMBAH KALIMAH 'KARIM' DALAM DOA MALAM LAILATUL QADAR


HADITH ABDUL RAHMAN BIN AUF MERANGKAK MASUK KE SYURGA TIDAK BENAR


HADITH PALSU BERKENAAN SEBAB PENSYARIATAN SOLAT LIMA WAKTU


BENARKAH KHALID AL-WALID MENANG DALAM PEPERANGAN KERANA MENYELITKAN RAMBUT NABI S.A.W DI DALAM SERBANNYA


APAKAH MADU LEBAH PENYEMBUH KEPADA SEMUA PENYAKIT


 


BAHAGIAN 5: LAIN-LAIN


FATWA AS-SYEIKH HAMUD BIN UQALA AS-SYUAIBI BERKAITAN BOIKOT BARANGAN MUSUH ISLAM


PEMBELAAN DARIPADA AS-SYEIKH HAMUD BIN UQALA AS-SYUAIBI TERHADAP SAYYID QUTUB


HUKUM BERDOA KEPADA PEMERINTAH


HUKUM SEORANG WANITA YANG MENDERMA DARAH KEPADA BAYI, APAKAH SAMA DENGAN HUKUM SUSUAN


HUKUM MENULIS AYAT AL-QURAN DALAM BENTUK BURUNG DAN SEUMPAMANYA


HUKUM BERDEMONSTRASI ATAU TUNJUK PERASAAN 


HUKUM BERDIRI MENDENGAR LAGU KEBANGSAAN


HUKUM MENGAMINKAN DOA RANCANGAN TV DAN RADIO


JEMAAH ISLAM YANG PALING BENAR


APAKAH NABI YUSUF A.S BERKAHWIN DENGAN ZULAIKHA


MOHON PENJELASAN BERKENAAN KUMPULAN AHBASH


PENUTUP


BIBLIOGRAFI


BIODATA PENULIS


 


==============================================


ULASAN


 


Buku ini diterbitkan pada tahun 2014, apabila membaca perkara yang dibangkitkan dalam buku ini ianya sangat segar malah kini hangat dibahaskan oleh pihak yang mendaftar diri sebagai ASWAJA, isu yang begitu releven sekali hingga 2016 dan masa hadapan. Ketika membaca buku ini adakalanya saya terfikir adakah dengan kebangkitan penulisan-penulisan tajdid (gerakan memgembali agama sepertimana asal yang bersih dari syirik dan khurafat) kebelakangan ini, membuatkan golongan syiah dan pencinta bida’ah panas telinga lalu bangkit dengan sengketa? Bacalah persoalan-persoalan yang dibahas dalam buku ini, mungkin anda bersetuju. Malah dipenghujung buku ini ada pendedahan dan kupasan status sesebuah hadis yang kedengaran pelik tetapi diyakini oleh banyak orang.
 
Buku ini ditulis oleh Ustaz Mohamad Abdul Kadir Sahak, yang kini bertugas di Jabatan Mufti Negeri Perlis. Penulisan-penulisan beliau yang mendalam, jelas dan ilmiah ini juga boleh juga dibaca dalam blog beliau, Blog Hukum-Hakam. Buku-buku keluaran PTS terkenal dengan reka-letak yang kemas dan menarik.
 
-sumber: https://bit.ly/2Ii7CNv
Komen