Siri Puaka Sekolah: Stor Sukan

0% of 100
RM 10.20 RM12.00 -15%
Kod Produk: #978-967-369-669-7
Status: In Stock
Berat: 0.090kg | 128 Mukasurat
Stok: 94 unit
+ BELI SEKARANG
Sinopsis & Review
Tajuk: Siri Puaka Sekolah: Stor Sukan

ISBN: 978-967-369-669-7
Penerbit: Penerbit-X 
Penulis: Siti Solehah, Pn Fakarina, Del Osmera
Tahun Terbitan: 2023
Muka Surat: 128
Halaman: Hitam Putih
Format: Softcover
Berat (kg): 0.090 
Dimensi (cm): 18.5cm x 11.5cm x 0.7cm
 
 
SINOPSIS

Megawati tergelak besar sehingga menggegarkan seluruh peralatan sukan yang ada di stor itu. Jamilah sudah rasa lain macam. Ada sesuatu yang tidak kena di sini. “Kau mahu tahu, di mana tempat paling berpuaka di dalam sekolah kita?” tanya Megawati.


Jamilah menggeleng, tidak suka mendengarnya.


“Sinilah, tempatnya. Bilik stor sukan kita!” Sekali lagi Megawati ketawa, tetapi kali ini tawanya sudah masuk kategori mengilai. Semakin lama semakin nyaring. Wajahnya memutih, pucat. Dan taringnya semakin jelas kelihatan, memanjang sehingga jelas ketara seperti taring ular. Jamilah menggeletar ketakutan. Dia memandang sekeliling. Bilik stor sukan itu tiada jalan keluar!


* * * * *


Tiga kisah yang berlaku dalam buku ini mungkin pernah benar-benar berlaku kepada kawan kepada kawan kita, atau sepupu kepada kawan kepada kawan kita. Yakinlah, alam ghaib itu wujud. Ia sentiasa menjadi misteri kepada kita, dan rahsia kepada orang-orang yang dianugerahkan Tuhan untuk melihatnya.



Komen