#3 Sherlock Holmes: Skandal di Bohemia, Liga Kepala Merah & Misteri Identiti

100% of 100
RM 8.50 RM10.00 -15%
Kod Produk: #978-967-369-404-4WO
Status: In Stock
Berat: 0.080kg | 120 Mukasurat
Stok: 80 unit
+ BELI SEKARANG
Sinopsis & Review
Format: Paperback
Saiz: 4.5"x7.25"
ISBN-13: 978-967-369-404-4
Tarikh Terbit: 15 Jan 2019
Jumlah Muka Surat: 120

=============================================


SINOPSIS & SARI RANSANG


Skandal di Bohemia 


Sherlock Holmes dan Dr. Watson menerima kunjungan daripada seorang lelaki bertopeng yang mahukan kembali gambarnya bersama seorang penyanyi opera yang jelita bernama Irene Adler kerana khuatirkan ugutan wanita itu. Daripada kes yang dianggap mudah, Sherlock Holmes tidak menyangka dia akan dikalahkan oleh seorang wanita! 


Liga Kepala Merah 


Jabez Wilson yang berambut merah menyala datang meminta bantuan Sherlock Holmes untuk menyiasat tentang pertubuhan Liga Kepala Merah yang baru disertainya. Liga itu mengambilnya bekerja semata-mata kerana rambutnya yang merah, dan kemudian tiba-tiba liga itu dibubarkan begitu sahaja. Biarpun kesnya kedengaran lucu, tetapi Sherlock Holmes dapat mencium satu jenayah besar akan berlaku. 


Misteri Identiti 


Tanpa pengetahuan bapanya, Mary Sutherland telah bertunangan dengan seorang lelaki misteri bernama Hosmer Angel. Pada pagi sebelum berlangsungnya perkahwinan, Hosmer meminta kesetiaan Mary supaya terus tetap bersamanya biar apa pun yang berlaku. Dalam perjalanan ke gereja untuk upacara perkahwinan, Hosmer Angel didapati hilang. Kereta kuda yang dinaikinya kosong, sedangkan semua mata melihatnya menaiki kereta kuda itu. Mary menemui Sherlock Holmes, tetapi detektif itu cuma ketawa dan mengatakan Hosmer Angel tidak akan dijumpai lagi. Apakah lelaki itu telah diculik? 


Skandal di Bohemia (A Scandal in Bohemia), Liga Kepala Merah (The Red-Headed League) dan Misteri Identiti (A Case of Identity) dimuatkan dalam jilid The Adventures of Sherlock Holmes, yang pertama kali diterbitkan pada 14 Oktober 1892. 

Komen