Rehatkan Hati dengan Solat #

100% of 100
RM 27.00 RM30.00 -10%
Kod Produk: #9789672459033
Status: In Stock
Berat: 0.350kg | 257 Mukasurat
Stok: 31 unit
+ BELI SEKARANG
Sinopsis & Review

BUKU INI BERKISAR



Solat itu ialah ikatan hati antara seorang hamba dengan Ilahi.

“Rehatkan kami dengan solat, wahai Bilal.”

Begitu kata-kata Rasulullah SAW kepada Bilal RA.

***

Saban hari, rutin harian yang kita lalui menemukan kita dengan masalah dan cabaran yang membuatkan hati kita berasa letih dan penat. Kita mencari kerehatan dengan hiburan, makan-makan, jalan-jalan, bahkan juga solat. Tetapi rehatnya hati ini cuma sementara. Selang beberapa ketika, ia kembali lesu dengan masalah dunia.

Solat yang seharusnya menjadi kerehatan, dirasakan seperti beban.

Takbir, rukuk, sujud dan salam, hanya tinggal gerakan dan ucapan kosong tanpa kesan dan impak pada hidup. Ketenangan yang dicari masih belum dirasai.


BUKU INI UNTUK SIAPA
Orang yang mencari kerehatan hati dari kesibukan ‘dunia’
Orang yang sudah solat tetapi tidak merasakan nikmat Solat dan kesannya dalam kehidupan
Orang yang ingin mendalami semula solat supaya menambah kefahaman dan kelazatan melaksanakannya


 


3 SEBAB KENAPA ANDA PERLU BACA
 Untuk lebih menghayati solat yang dilakukan setiap Hari
 Banyak kisah & analogi yang memudahkan kita faham hubungan solat & kehidupan
 Gaya bahasa yang begitu dekat di hati seperti teman yang ingin sama-sama merefleksi


Cinta itu juga makhluk. Ia bisa penat. Izinkanlah cinta itu berehat.
Rehatkan cinta makhluk itu dengan cinta al-Khalik.
Rehatkan cintamu dengan solat.

"Melalui buku ini, Ustaz Pahrol membawa pembaca ke alam solat yang mampu merehatkan hati yang semakin gusar dengan dunia. Hakikatnya, jarak di antara hati dengan ketenangan yang diinginkannya ialah sebuah solat yang tulus penuh makna."


ISI KANDUNGAN
Dirikanlah solat kerana cinta, nikmatilah hati yang tenang semasa berdiri, rukuk dan sujud.

Bahagian 1: Realiti Solat Kita
+ Adakah Persoalan Solat Sudah Selesai?
+ Ibadah Yang Tersasar
+ Abid Yang Individualistik

Bahagian 2: Berkenalan Semula Dengan Solat
+ Salah Faham Tentang Ibadah
+ Beribadah 24 Jam
+ Syarat Ibadah 58
+ Solatholik Vs Workaholik
+ Tujuan Solat
+ Solat Ialah Zikir Terpenting
+ Hubungan Solat Dengan Peristiwa Israk Mikraj
+ Khusyuk Dalam Solat
+ Tip Menjaga Khusyuk Dalam Solat
+ Tip Apabila Rasa Terganggu Dalam Solat
+ Takut Dan Harap Di Dalam Solat




TENTANG PENULIS



Ustaz Pahrol Mohamad Juoi



Pahrol Mohamad Juoi ialah seorang pendakwah dan penulis.

Pahrol Mohamad Juoi juga pernah menjadi Ketua Pengarang Kumpulan Telaga Biru Sdn Bhd. Penulis kepada 30 buah buku bercorak motivasi dan islamik. Penyampai tetap slot Islam Itu Indah di Radio IKIM.fm dan panelis TV Astro Oasis rancangan Al-Ustaz dan Tanyalah Ustaz di TV9.

Berpengalaman 20 tahun di dalam bidang dakwah, motivasi dan pembangunan insan. Mempunyai kelebihan dari segi ilmu dan gaya penyampaian yang sangat tersusun (structured knowledge) mudah difahami dengan menggunakan tamsilan dan contoh-contoh yang praktikal.

Kini, beliau berkhidmat selaku Pengarah Modul dan Trainer Utama di Fitrah Perkasa Sdn. Bhd., sebuah syarikat perunding pembangunan sumber manusia yang menyediakan latihan, bimbingan, khidmat perunding, penyelidikan dan penerbitan.

Allah dekat, dia gawat. Hidup ini penat, mari berehat dengan solat.

Komen