Pengasas Beras Faiza - Liku Hidup dan Rahsia Kejayaan

0% of 100
RM 31.50 RM35.00 -10%
Kod Produk: #9789678609685
Status: In Stock
Berat: 0.370kg | 240 Mukasurat
Stok: 10 unit
+ BELI SEKARANG
Sinopsis & Review
 
Tajuk: Pengasas Beras Faiza - Liku Hidup dan Rahsia Kejayaan
ISBN: 9789678609685
Penerbit: Karangkraf Sdn Bhd
Penulis: Dr. Salwa Abu Bakar
Tahun Terbitan:Cetakkan Pertama - 2020
Muka Surat: 240
Halaman: Berwarna
Format: Softcover
Berat (kg): 0.370

Dimensi (cm): 22.5cm x 15cm x 1cm 
 
 
Sinopsis



MENARIK DALAM BUKU INI:
- Kisah hidup Faiza dari zaman beliau berada di Kaherah, Mesir membawa ke Malaysia yang penuh pahit getir hingga membawa kejayaan ‘beras Faiza’.
- Kisah tragedi pahit menimpa beliau sehingga cita-cita mahu menjadi doktor tidak kesampaian.
- Kisah tercetusnya pembuatan rempah kari dan beras Faiza sehingga menjadi terkenal.
- Kisah beliau memulakan bisnes dengan bermodalkan RM4 sahaja.
- Menariknya setiap produk Faiza.
- RAHSIA kejayaan dan prinsip beliau sehingga produk dikenali seanterio dunia.


 


BERMODALKAN RM4: MENGENALI EMPUNYA BERAS FAIZA


Beras Faiza sudah menjadi sinonim dalam pasaran produk Bumiputera. Di mana-mana orang mengenali produk beras Faiza sedangkan Faiza sendiri mengeluarkan produk-produk lain seperti rempah ratus, tepung, kicap dan sebagainya.


Siapakah empunya beras Faiza ini? Beliau ialah Hajah Faiza Bawumi Sayed Ahmad merupakan pemilik syarikat pemborong beras Syarikat Faiza Sdn. Bhd yang tersohor di Malaysia. Dilahirkan pada 9 Mac 1942 di Kaherah, Mesir, beliau merupakan permata menyinari hidup keluarganya. Lantas diberi nama FAIZA bermaksud ‘kejayaan’.


Sepanjang hidup beliau dari zaman kecil membawa pelbagai kisah pahit manis sehingga membentuk jati diri yang begitu tinggi. Bakat berniaga beliau terserlah pada usia 14 tahun dalam rekaan fesyen dan menjahit yang akhirnya menghasilkan modal untuk memulakan perniagaan rempah ratus.


Berkahwin pada usia 16 tahun dengan pemuda bernama Abu Bakar berketurunan Jawa dan  pada 1964, beliau berhijrah ke Malaysia kerana mengikut suaminya. Pada ketika itulah, beliau mampu menguasai bahasa Melayu setelah tiga bulan di Malaysia kerana sifat beliau yang peramah dan suka bergaul dengan jiran tetangga.


Sepanjang perkahwinan, beliau dikurniakan tujuh orang anak dan juga seorang nenek kepada lebih 30 orang cucu. Namun beliau tetap sibuk dan masih aktif merancang strategi bagi mengukuhkan kedudukannya dalam pelbagai cabang perniagaan di negara ini.


Siapa sangka wanita Arab yang berperwatakan lembut ini sebenarnya seorang yang tegas. Beliau sentiasa memastikan syarikat yang ditubuhkan itu perlu berada di landasan yang betul, sekali gus mencatatkan keuntungan saban tahun. Kerana itulah beliau layak diletakkan sebaris dengan usahawan ternama yang dahulunya hanya bermodalkan RM4 untuk memulakan perniagaan.


Terlahirnya produk Faiza apabila suaminya gemar makan kari. Dari situlah beliau belajar membuat sendiri rempah kari dan belajar mengenali rempah ratus orang Melayu. Minat memasak terus berkembang apabila suaminya sering memberi komen positif. Dari dapur akhirnya serbuk kari rempah Faiza menuju ke pasaran antarabangsa. Beliau membeli pelbagai rempah ratus seperti ketumbar, jintan, halba, cili kering, cengkih dan sebagainya, kemudian membancuh ramuan-ramuan tersebut untuk menghasilkan rempah kari ikan, daging, kurma dan sebagainya. Semuanya itu dibuat  sendiri di rumah daripada mencuci, menjemur dan menggoreng sebelum dihantar ke kedai untuk dikisar dan diedarkan.


Seterusnya, beliau berani menjebakkan diri mengembangkan syarikat dengan mengeluarkan produk-produk lain seperti beras, tepung, kicap dan sebagainya. Namun, beras Faiza menjadi sebutan dan lebih dikenali ramai.


Bukan senang nak senang! Bak kata pepatah, yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang, semua perlukan usaha gigih. Jatuh bangun dalam dunia perniagaan, pernah ditipu pekerja, produk difitnah, ditimpa musibah akibat kebakaran, banjir dan pelbagai dugaan yang mengakibatkan kerugian besar kepada syarikat telah memberi impak yang positif kepada beliau untuk terus maju. Malah, produk beliau juga menghadapi saingan yang sengit di pasaran. Itu tidak mematah semangat beliau untuk terus mengembangkan jenama FAIZA.


Hajah Faiza bukan sahaja menjadi Pengarah Urusan Syarikat Faiza, tetapi tetap berusaha menentukan operasi syarikat berjalan lancar dan turut terlibat dalam projek kilang milik Syarikat Faiza yang berpangkalan di Sri Gading, Batu Pahat. Beliau bersyukur kerana syarikatnya dibantu oleh anak-anak dan pekerja-pekerja yang berwawasan. Beliau gigih dan sentiasa berfikiran positif dan semua usaha yang dilakukan itu bukanlah untuk mengumpul kekayaan semata-mata, sebaliknya untuk menjadi pembayar zakat terbesar di Malaysia sekali gus membantu lebih ramai orang yang susah.


Lantaran itu, perjalanan kehidupan Hajah Faiza berjaya dibukukan dengan tajuk FAIZA: LIKU HIDUP DAN RAHSIA KEJAYAAN untuk dikongsi bersama dan membuktikan bahawa segulung ijazah bukan tiket kejayaan seseorang dan perniagaan tidak semestinya dimulakan dengan modal yang besar. Beliau berharap agar buku ini dapat memberi motivasi kepada usahawan muda sebagai sumber inpirasi.






Komen