Membongkar Misteri Tamadun Awal Dunia Pandang Sisi Peradaban Manusia : Eropah Awal Yunani Dan Rom #

0% of 100
RM 34.11 RM37.90 -10%
Kod Produk: #9789672278559
Status: In Stock
Berat: 0.410kg | 221 Mukasurat
Stok: 13 unit
+ BELI SEKARANG
Sinopsis & Review

Tajuk: Membongkar Misteri Tamadun Awal Dunia Pandang Sisi Peradaban Manusia : Eropah Awal Yuhani Dan Rom
ISBN: 9789672278559
Penerbit: Hijjaz Records Publishing
Penulis: Muhammad Danial Ramli
Tahun Terbitan: 2022
Muka Surat: 221
Halaman: Berwarna
Berat (kg): 0.410 kg
Dimensi: 21 cm x 14.8 cm x 1.3 cm


SINOPSIS 


Yunani dan Rom merupakan dua tamadun terawal yang muncul di Benua Eropah. Muncul seawal tahun 3300SM dan berkembang selama lebih 3 ribu tahun telah menjadikan tamadun ini terkenal dalam pensejarahan Dunia Barat Moden. Sejarawan Barat menggelar kedua-dua tamadun tersebut sebagai Pemula aka Tamadun Awal Eropah. Malah walaupun hiatus hampir 1000 tahun berlaku di benua tersebut, namun Barat Moden masih mengagung-agungkan Tamadun Yunani dan Rom sebagai pengasas Tamadun Eropah Moden. Malah, sikap membanggakan bangsa sendiri telah menyebabkan ramai sejarawan Barat menggelapkan peranan Tamadun Islam di Benua Eropah yang membawa kepada cahaya aka Renaissance. Tamadun Yunani dan Rom telah mewarnai pensejarahan dunia selari dengan perkembangan tamadun awal di belahan lain dunia seperti Tamadun Mesopotamia, Tamadun Mesir Kuno dan Huang He serta Tamadun Alam Melayu. Warkah ini cuba menyelongkar dari sudut pandang yang pelbagai termasuklah politik yang melibatkan kepimpinan dan kawasan bagi kedua-dua tamadun tersebut. Seterusnya turut disorot dari sudut perkembangan ekonomi dan sosial. Penulis juga cuba memaparkan pensejarahan Tamadun Yunani dan Rom melalui sudut bukti monumen dan karya ulung yang masih tersisa dan dapat dilihat serta dirujuk pada hari ini. Pelbagai monunen agung masih tersisa walau sudah ribuan tahun termasuklah parthenon, colloseum dan aqueduct. Karya ulung seperti Iliad dan Odyssey serta The Histories masih menjadi rujukan sehingga kini. Kegemilangan tamadun tersebut juga merentasi sempadan benua dengan kehebatan tokohnya seperti Zulqarnain, Luqmanul Hakim dan ramai lagi figur hebat yang masih diulang sebut sehingga ke hari ini. Malah sejarah kenabian juga sebenarnya tidak dapat dipisahkan daripada Tamadun Awal Eropah ini terutamanya berkesinambungan daripada Tamadun Rom Timur aka Byzantium.

Komen