Melangkah Ke Hadapan: Landskap Muslim Demokrat Di Malaysia #

0% of 100
RM 31.50 RM35.00 -10%
Kod Produk: #9789672007234
Status: Sold Out
Berat: 0.220kg | 192 Mukasurat
Stok: 0 unit

Sinopsis & Review

SINOPSIS / SARI RANSANG


Walaupun politikal Islam dilihat sebagai satu kuasa yang cuba bersaing secara demokrasi dengan parti-parti liberal-sekular di kalangan Muslim yang lainnya, kelompok Islam sering ditanggap sebagai kelompok yang tidak boleh dipercayai kerana kelompok liberal-sekular mendakwa politikal Islam hanya menggunakan demokrasi dan apabila menang akan menegakkan Negara Islam dengan melaksanakan hukum syariat. Golongan liberal-sekular amat menentang perjuangan ‘menegakkan syariat’ kerana menganggap bercanggah dengan hasrat negara yang demokratik.


Pertembungan ini menyebabkan golongan kelompok politikal Islam senantiasa dipandang serong sehingga usaha mendaftarkan parti politik bernuansakan Islam menjadi satu kesukaran walaupun mereka komited dengan proses demokrasi untuk membawa Islam melalui perjuangan politik. Suasana ini menyebabkan ahli politik Islam terpaksa menyegarkan identitinya kepada meyakinkan semua pihak bahawa mereka benar-benar mahukan sebuah negara yang demokratik dan menentang sebarang bentuk kaedah yang bercanggah dengan proses politik. Salah satu usaha ke arah tersebut ialah melalui identiti Muslim Demokrat yang merujuk kepada seorang ahli politik Islam yang memilih untuk berada dalam acuan demokrasi bagi memperjuangkan idealisme perjuangan berpandukan kepada keadilan dan kesaksamaan di samping memahami dengan jelas fiqh waqie’ atau fiqh lokal.


Dalam konteks Malaysia, fiqh lokal adalah Fiqh Siyasi Manhaj Malayzi atau Fiqh Politik Malaysia amat diperlukan kerana sifat fiqh adalah sesuatu yang cuba mendapat panduan agama dalam pengertiannya secara operasional dan untuk mendapat panduan, hukum-hakam berkenannya mestilah berpijak di bumi nyata dan acuan yang diterima ramai sebagai sistem pemerintahan yang dipakai.

Komen