KOMBO: Bijak Kewangan

0% of 100
RM 147.00 RM147.00
Kod Produk: #kombo-bijak-kewangan
Status: Sold Out
Berat: 1.58kg
Stok: unit

Sinopsis & Review






Tajuk : KOMBO: Bijak Kewangan


ISBN : kombo-bijak-kewangan


Berat : 1.58 kg


 


KOMBO: Bijak Kewangan merangkumi lima buah buku iaitu:

1. Forensik Kewangan
2. Bijak Merancang Wang
3. Tolong Luluskan: Strategi Pinjaman Rumah Yang Anda Belum Tahu
4. Bijak Urus Rumah Sewa
5. Misi Bebas Hutang


 


- Forensik Kewangan


Saya tidak percaya kepada teori yang mengatakan kalau hendak hidup senang haruslah bekerja kuat siang dan malam. Bagi saya cara ini hanya membazirkan masa demi mencari wang. Sepatutnya wang yang mencari kita, bukan kita yang mencari wang. Saya tidak mahu menjadi hamba wang, cukup sekadar bebas daripada hutang, mempunyai harta dan cukup makan pakai. Yang paling penting hidup tenang dan tenteram. 


Biar siapa pun anda, ilmu dan kemahiran kewangan tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan anda. Sedar atau tidak, semua orang memerlukan ilmu dan kemahiran tersebut.


Bagi mewujudkan masyarakat yang kuat dari segi kewangan, ia bermula daripada individu. Jadi kita perlu belajar mengurus kewangan peribadi sebelum menguatkan masyarakat. Apabila individu kuat, maka keluarga akan kuat dan akhirnya masyarakat juga akan menjadi kuat.


Bagi yang masih bujang, inilah masa anda. Jangan persiakan masa dan usia muda yang ada, ambillah peluang ini sebelum mempunyai bermacam-macam bentuk beban. 


Jika saya seorang yang dilahirkan miskin, dibesarkan di perkampungan setinggan dapat merantau lebih 16 buah negara, memiliki pelbagai jenis perniagaan termasuklah mengurus lebih 60 buah hartanah dan menjadi jutawan seawal usia 32 tahun tanpa diploma mahupun ijazah, maka sesiapa pun mampu melakukan lebih baik daripada saya. 


Setiap daripada kita mempunyai lima modal iaitu, masa, tenaga, pengetahuan, emosi dan wang. Maka, gunakanlah kesemua modal ini untuk menjadikan impian anda satu kenyataan. Insya-Allah.


 


- Bijak Merancang Wang


Membaca buku Bijak Merancang Wang ibarat membaca buku peta, maka membuat perancangan kewangan umpama kita merancang perjalanan. Sebelum memulakan perjalanan, kita perlu merancang :


1. Dari mana kita bermula?


2. Ke mana arah tuju?


3. Bagaimana caranya?


4. Berapakah jarak masa?


 


Sebagai anologi mudah, apabila kita mahu ke suatu tempat yang belum pernah dituju dan tidak mengetahuinya, kita akan menggunakan aplikasi Waze ataupun Google Maps sebagai panduan.


Samalah juga dalam merancang kewangan, kita perlu mengetahui :


1. Dari mana kita hendak BERMULA


2. Ke mana arah TUJUAN


3. Bagaimana CARANYA


4. Berapa jarak MASA


 


Sekiranya kita tersasar jauh, kembali kepada matlamat asal tanpa perlu menoleh ke belakang.


Pelaburan bagi mendapatkan buku Bijak Merancang Wang ini adalah satu pelaburan yang berbaloi. Dengan wang itu, pembaca akan mendapat satu perspektif baru tentang perancangan kewangan.


Ada pelbagai topik yang dibincangkan dalam buku ini, yang penulis rangkumkan kepada beberapa bahagian dan subbahagian. Ini merangkumi topik-topik yang berkaitan dengan perancangan kewangan secara keseluruhan yang bermula daripada pengurusan pendapatan sehinggalah topik tentang pengurusan pusaka apabila kita meninggal dunia kelak.


 


- Tolong Luluskan: Strategi Pinjaman Rumah Yang Anda Belum Tahu


Ramai orang nak beli rumah tapi tak berjaya kerana pinjaman tak diluluskan. Adakah anda salah seorang dari mereka?


Atau adakah anda tidak jelas berapa amaun pinjaman rumah yang anda layak?


Buku yang anda pegang ni adalah satu solusi yang dicari selama ini. la membongkar segala strategi deep yang anda wajib tahu sebelum membayar deposit membeli rumah. Buku ini akan membuatkan anda berubah 360° dari pemohon pinjaman bakal kena reject kepada bakal peminjam dambaan semua bank.


Antara kandungan buku ini adalah:


 


Asas dan Etika Perbankan


- Hartanah yang digemari vs hartanah yang sukar mendapat pinjaman


- Faktor usia, kerjaya dan rekod pinjaman sedia ada


- Bagaimana bank menilai pendapatan anda semasa memproses permohonan pinjaman


- Strategi lulus pinjaman bagi peniaga dan yang bekerja sendiri


dan banyak lagi rahsia yang akan terbongkar satu persatu


Jangan letak semula buku ini. Baca dan hadam kerana buku ini akan mengubah takdir anda. Mungkin rumah idaman anda akan menjadi kenyataan. Mungkin juga selepas ini, anda dapat memiliki rumah lagi dan lagi dan lagi, seperti yang anda angankan.


 


- Bijak Urus Rumah Sewa


Pelaburan dalam hartanah bukan sahaja sekadar membeli rumah (atau rumah-rumah) dan menuai hasil daripadanya tanpa henti. Cabaran utama selepas urusan dokumentasi selesai dan kunci bertukar tangan adalah bagaimana cara menguruskannya dengan efisien?


Ramai yang tewas dalam bab pengurusan hartanah kerana ia melibatkan pelbagai kerenah dalam jangka masa yang panjang. Menguruskan rumah sewa bermaksud menguruskan manusia daripada pelbagai latar belakang dan bersedialah dengan cabaran-cabaran yang bakal ditempuhi. Cabaran lain adalah memastikan hartanah tersebut diselenggara dengan baik dan ia melibatkan konsistensi dan pengeluaran kos.


Pengalaman penulis dalam pengurusan rumah sewa turut diceritakan dalam buku ini. Walaupun tidak semua perkara yang indah, tapi tidak semua juga perkara yang sukar. Apa yang perlu dilihat adalah bagaimana menguruskan risiko-risiko dengan bersistem. Apabila kita faham bagaimana menguruskan risiko, perkara yang terasa susah tadi dapat diselesaikan dengan lebih mudah. 


 


- Misi Bebas Hutang


Bukan mudah, tapi ia tidak mustahil. Sesiapa sahaja mampu bebas daripada hutang jika ada ilmu, kesedaran dan keazaman yang kuat.


Kebanyakan mereka yang mengadu masalah kewangan, bukan disebabkan gaji yang diterimanya tak cukup, tetapi disebabkan masalah hutang yang dibuatnya sendiri. Bukan tak boleh berhutang, namun biarlah berhutang pada perkara yang benar-benar perlu, dan berhutanglah secara bijak (yang menjadikan kita lebih kaya).


Beban kewangan terbesar bagi kebanyakan rakyat Malaysia ialah ansuran pinjaman membeli kereta, pinjaman peribadi, kad kredit dan hutang membeli rumah kediaman ‘impian’ yang mana jika tiada pun kita masih boleh hidup. Ia tidak seperti kos keperluan asas untuk hidup seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal.


Jadi sesiapa yang dapat bebas daripada hutang-hutang ini, kita terlepas daripada bebanan kewangan terbesar. Seterusnya kita bolehlah fokus mengumpul harta dan mengembangkan kekayaan.







Komen