Jangan Buka Hijabku #

0% of 100
RM 34.20 RM38.00 -10%
Kod Produk: #9789672705178
Status: In Stock
Berat: 0.420kg | 502 Mukasurat
Stok: 6 unit
+ BELI SEKARANG
Sinopsis & Review
Tajuk: Jangan Buka Hijabku


ISBN: 9789672705178
Penerbit: White Coat 
Penulis: Jeff Hamz

Tahun Terbitan: 2022
Muka Surat: 502
Halaman: Hitam Putih 
Format: Paperback
Berat (kg): 0.420
Dimensi (cm): 17.5 x 12.5 x 2
 
SINOPSIS
 
”Aku turun dari kereta. Aku perlu siasat apa sebenarnya bunyi pelik di atas bumbung yang mengganggu pemanduanku. Namun baru sahaja kakiku memijak jalan tar, mataku ternampak satu objek putih terbujur di atas bumbung kereta. Seraut wajah pucat bergaun putih memandangku dengan pandangan kosong. Rambutnya sungguh panjang menutup separuh bahu dan muka.
Ketika mata kami bertembung, aku terlihat tangannya bergerak. Kukunya sepanjang kira-kira 6 sentimeter itu terketar-ketar cuba mencapai kepalaku, lalu aku..”

Petikan di atas adalah sebahagian daripada catatan peribadi penulis yang pernah bertemu entiti-entiti misteri lagi menyeramkan sepanjang hidupnya, dari zaman kanak-kanak sehinggalah hari ini. Sama ada anda percaya atau tidak, ‘mereka’ ada di sekeliling kita. Seperti kata penjejak paranormal

“What we see may not be real. What is real we may not see.”

Selamat membaca & meneroka.
Komen