Amalan 24 Jam dalam Kehidupan Rasulullah s.a.w. - Edisi Kemas Kini

100% of 100
RM 4.25 RM5.00 -15%
Kod Produk: #978-967-411-615-6
Status: In Stock
Berat: 0.100kg | 96 Mukasurat
Stok: 4544 unit
+ BELI SEKARANG
Sinopsis & Review

================
Format: Paperback
Dimensi: 19cm x 12.7cm x 0.5cm
ISBN-13: 978-967-411-615-6
Tarikh Terbit: 27 Jul 2015
Jumlah Muka Surat : 96
Berat (kg) : 0.10
=================




Sinopsis

Mengenalinya membuatkan orang lain jatuh hati kepadanya. Melakukan sunnahnya menyenangkan hati orang yang mengamalkannya. Perbuatan orang yang mengamalnya, menyejuk mata orang yang memandang. Biarpun sudah beribu tahun meninggal dunia, amalannya tetap menjadi ikutan seolah-olah dirinya masih hidup dalam kalangan umat.

Setiap orang Islam ingin melakukan sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Para sahabat berlumba-lumba mencontohi apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. sekalipun perkara itu kecil.

Buku ini menghimpunkan amalan Rasulullah s.a.w. di sepanjang hari bermula dari bangun tidur sehingga kembali tidur pada waktu malam. Selain itu, ia dilengkapi dengan amalan pada hari-hari dan waktu-waktu tertentu. Ia memudahkan pembaca bagi merujuk segala amalan Rasulullah s.a.w. dalam masa 24 jam. Turut dilampirkan ciri-ciri fizikal dan mukjizat Rasulullah s.a.w. bagi menambahkan rasa cinta kepada Baginda.


 


Kandungan 


Sunnah-Sunnah Rasulullah dalam Amalan Seharian




Sunnah-Sunnah Rasulullah Ketika Bangun Tidur




Sunnah Rasulullah Ketika Masuk dan Keluar dari Bilik Mandi




Sunnah Rasulullah Ketika Berwuduk




Sunnah Rasulullah Ketika Bersugi




Sunnah Rasulullah Ketika Memakai Kasut




Sunnah Rasulullah Ketika Memakai dan Menanggalkan Pakaian




Sunnah Rasulullah Ketika Masuk dan Keluar Rumah




Sunnah Rasulullah Ketika Pergi ke Masjid




Sunnah Rasulullah Sebelum Tidur




Sunnah Rasulullah Ketika Bertemu Sesama Sendiri




Sunnah Rasulullah Ketika Makan




Sunnah Rasulullah Ketika Minum




Sunnah Rasulullah Ketika Selesai daripada Sesuatu Majlis




Sunnah-Sunnah Rasulullah Ketika Solat




Sunnah Rasulullah Ketika Azan




Sunnah Rasulullah ketika Iqamat




Meletak Penghadang di Hadapan ketika Solat adalah Sunnah Rasulullah




Solat-Solat Sunat yang Ditunaikan oleh Rasulullah pada Waktu Siang dan Malam




Sunnah Rasulullah dalam Mengerjakan Qiamullail




Sunnah Rasulullah ketika Solat Witir




Sunnah Rasulullah ketika Solat Sunat Fajar




Duduk Seketika selepas Solat Fajar (Subuh) adalah Sunnah Rasulullah




Sunnah-Sunnah ketika Rukuk




Sunnah-Sunnah ketika Sujud




Sunnah-Sunnah selepas Solat Fardhu




Menunaikan Solat Sunat di Rumah adalah Sunnah Rasulullah




Sunnah-Sunnah Rasulullah pada Waktu Pagi dan Petang




Zikir-Zikir yang Dibaca Rasulullah pada Waktu Pagi dan Petang




 


Sunnah-Sunnah Rasulullah dalam Situasi Tertentu




Menghadirkan Niat yang Baik dalam Segala Amalan




Mengerjakan Beberapa Amalan dalam Satu Waktu




Mengingati Allah pada Setiap Masa




Memikirkan Nikmat Kurniaan Allah adalah Sunnah Rasulullah




Mengkhatamkan Al-Quran pada Setiap Bulan




 


Ciri-Ciri Fizikal dan Mukjizat Rasulullah




Sifat-Sifat Fizikal Rasulullah




Kebiasaan Rasulullah




Keadaan Rasulullah di Rumah




Keadaan Rasulullah di Luar Rumah




Majlis Rasulullah




Rasulullah Bersama Sahabat Baginda




Diam Rasulullah




Mukjizat-Mukjizat Rasulullah




Peristiwa Khandak, Keajaiban di Rumah Jabir bin Abdullah




Bubur yang Berkat




Keberkatan dalam Susu Kambing




Perigi yang Kering Kembali Berair 




 


Penulis


Nama : Zulkarnain Dollah


Zulkarnain bin Dollah adalah seorang pendidik di negeri Pahang. Beliau mendapat pendidikan peringkat Ijazah di Universiti Malaya, Kuala Lumpur sehingga memperoleh Ijazah Sarjana Muda Ususluddin pada tahun 1999. Beliau juga berjaya memperoleh Diploma Pendidikan Universiti Malaya pada tahun 2001.  ( nur amalina )


(sumber daripada ulatbuku.blogspot.com)


 


Antara salah satu review tentang buku "Amalan 24 Jam Dalam Kehidupan Rasulullah S.A.W"


Segala sunnah-sunnah Rasulullah s.a.w perlulah dicontohi dan diikuti kerana setiap sunnah mempunyai kejayaan. Sesiapa yang mencontohi kehidupan Rasulullah s.a.w maka dia akan berjaya. Begitulah harapan penulis agar pembaca dapat ilmu dan pengetahuan tentang sunnah-sunnah Rasulullah s.a.w dan cuba mengamalkan dalam kehidupan seharian agar sunnah Rasulullah s.a.w sentiasa hidup dalam jiwa dan kehidupan ummatnya. Penulis juga menyelitkan serba sedikit kelebihan-keliban amalan sunnah Rasulullah s.a.w agar pembaca lebih bersemangat untuk mengikuti cara kehidupan Rasulullah s.a.w.


Bacalah buku ini agar lebih mengenali dan mendekati Rasulullah s.a.w dan menyemai rasa cinta kepada baginda, sebagaimana baginda mencintai ummatnya sehingga ke akhir hayatnya, baginda sentiasa memikirkan ummatnya. 



(Sumber reviews daripada nur amalina-ulatbuku.blogspot.com)


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 

Komen